Salam.
I have lots of time but let's get straight to the point. Tulis panjang-panjang nanti orang cakap cliche. haha. Post banyak salah, tulis banyak salah and tak post apa-apa pun salah. Lumrah manusia. No matter what you do, ada aje yang tak puas hati. pfffff. you cant please everyone. so just live the way you believe okay ( yang penting tak bertentangan agama dah lah. ^^)
To travel, 1st of all you must recognize what kind of trip you want it to be: luxury? Backpacking? Eduational? Chillax?
Determine your budget lah dulu. My parents tak kaya sesenang nak tabur duit so my trip is always a budget-trip. Kalau nak luxury trip, tak payah susah baca semua ni pegi aje cari agen ok? ;)
Dah ada bajet then baru fikir bajet tu agak-agak sesuai dengan destinasi mana. Kalau bajet RM2k - RM3k takyahlah berangan nak p Europe tour. Duit ticket flight pun belum tentu lepas.
My hobby is looking for cheap flight tickets. Hari-hari bukak skyscanner (boleh cari apps ni) check harga tiket. tapi kadang-kadang harga kat apps ni tak sama dengan the real price. tu hanya anggaran. so bila dah detect tiket mana murah, baru bukak that flight company website to view the exact price. like i mentioned, mak ayah tak mampu nak tabur duit so tak mampu nak naik even MAS (how ironic a Malaysian cannot afford her own country national flight. sobs). jadi selalu memang terus check airasia. biarlah orang kata tak glamour pun. tapi dengan duit sendiri as a student dah merata aku fly dengan AA.
Last October dah pegi negara omputih so cuti kali ni nak bercuti nagara asia pulak. nak pegi Europe trip tak kesampaian so i eventually chose Japan.
My total belanja for Japan 10 days trip ~ RM2300
sorry tak dapat nak bagi exact figure sebab my travel book hilang. sobs.
RM2300 untuk:
-flight KL - Haneda Tokyo
-flight Osaka - Seoul Korea
-bus Tokyo - Osaka
-penginapan Tokyo
-penginapan Osaka
-admission fees
-train fees
-makan
-souvenirs
-pembaziran (LOL)
percaya tak? HAHAHA. macam tipu tapi betul itulah hakikatnya. kenalah percaya sebab dah banyak kali cakap my parents bukan yg boleh tabur duit.
Harga flight ikut rezeki jugak. kena tau apa harga murah yg AA boleh bagi. Return Japan ticket AA boleh dapat as low as RM550. so kalau dah nampak one-way ticket pun dah RM700 takyahlah beli. tu mmg mahal,
This was what we got:
KL - Haneda = RM399
*Haneda Airport lagi dekat dengan city dari Narita Airport. KL - Narita masa tu dapat RM369 tapi bila kira airport transfer, lebih kurang aje. so we chose Haneda.
Tokyo - Osaka naik night bus dapat 3800 yen. Dalam ~RM110 gitu. Perjalanan 8 jam. If nak cepat and jenis yang mampu tabur duit, naiklah Japan Bullet Train @ Shinkasen 1-way ticket RM400+ 2 hours plus je journey.
Osaka - Seoul ~ RM340 flight Peach (Japan low cost flight company). Tu kira mahal lah sbb time we nak pegi tu is Golden Week kat japan. so harga tiket mahal. Harga Osaka - Seoul naik Peach ni can be as low as RM100. tapi kalau aku dah mampu tabur duit sikit, tak naik dah kot. kapal terbang selesa je. tapi system luggage dorg tak munasabah. beli 40kg worth baggage tapi boleh masuk 2 luggage je. even tak cukup 40kg pun tak boleh masuk luggage lain. haih. pastu hand-luggage memang dorg timbang must be less than 10kg. lebih seKg pun tak boleh. tak boleh nak tipu sebab before immigration pun dorang tunggu tuk timbang berat bag. double sigh.
Mode of transportation around japan - train and jalan kaki. bagi yg fit, selagi boleh jalan kaki jalanlah sebab transport dorang terlalu mahal. Drp RM2300, RM500 train saje.
*why tak amik 7-days JR pass for foreigner? sebab untuk kami tak berbaloi. kalau kira train yg kami guna + bus tokyo ke osaka baru dlm RM600. Tapi harga JR pass tu almost RM1000. JR pass ni tak boleh pakai for other private railways. so tak berbaloi untuk itinerary kami.
------------------------------------
admission fee - to be honest sepanjang kat japan kami pegi tempat yg mostly free je. haha. masa kat tokyo yg we spent banyak for Mt Fuji je. yang lain free. Mt fuji tu pun dah termasuk dlm transport fee. so basically tokyo we paid nothing.
in Osaka/ kyoto admission fee tuk masuk kampung jepun pakai kimono tu. admission 300 yen student price (berguna jugak card matric um yg dah expired tu. hehe) and nak pakai kimono 200 yen. so total dlm RM16. tu je admission fee sepanjang kat Osaka/ Kyoto. haha. baru perasan betapa bajetnya kami. LOL
---------------------------------------
Accommodation
Tokyo we stayed in Ueno Hotel. kteorg save kat sini. Paid hotel ni harga for 2 orang but we sumbat 5 orang. 4 hari 3 malam sorang bayar RM167.
*hotel senang nak sumbat orang but if guesthouse/ hostel susah sebab memang kira ikut kepala & tempat kecik so tak boleh nak sorok2 seludup orang. that is why i chose hotel instead of hostel / guesthouse untuk trip ni. :)
We prepared for this trip seminggu je. Since ada experience travel negara2 maju so i dont need masa yg banyak nak study. masa 1st trip dulu study 3 bulan baru travel. now dah pro sikit. eceh. most of developed country their transport system almost sama. so tak gaduh. and my sense of direction kinda good (big fat LOL). since dah travel ni agak bijak la baca map. mcm masa dorg g Akihabara & i did my solo travel to Odaiba, Tokyo station. tak study langsung pasal tokyo. alhamdulillah dgn skill baca map jalan & map subway selamat semuanya. HAHAHA. lagipun i had 4 other brains to think the itinerary. so takyah nak pening kepala. masalah skarang we taktau yg tarikh we nak pegi ni Goldon Week in Japan. sobs. so ALL accommodation yg murah dah sold out. yang tinggal hanya hotel yg 1 malam RM8000. *pengsan*
dengan izin Tuhan, 1 of my travel partners ni ada kawan kat Osaka. maka kawan yg baik hati telah bersetuju tuk bagi kami tumpang rumahnya. weeeeeeeee! alhamdulillah. so save bajet. TAPI jangan happy sgt. sebab tinggal kat Osaka so we have to travel ulang alik ke Kyoto. dan harga transport to Kyoto dr Osaka almost sama dah dgn sewa hotel. haih. tapi still banyak jugak save. we stayed 5 hari 4 malam. selesa sangat, :)
----------------------------------------
Makan
Ini hal penting. Bukan remeh. Tak makan boleh jadi gaduh wooo. Travel negara sejuk, banyak jalan so cepat lapar. but you can save A LOT kat sini if bawak makanan dari tanah air.
HEHEHE. Okay tu bukan aku sorang punya. 1 bag tu share 2 orang. berbaloi sangat. kenyang, tak habis duit and less homesick. Masa 1st trip aku ke Korea last year, makan roti je 8 hari okay. sadis gila. and by hari ke 5 macam tu dah homesick bagai nak gila. sampai malaysia melahap nasi lemak, ok cerita korea later.
Beli Abam Brahim. ada 2 jenis. satu siap dengan nasi like nasi goreng & etc. satu lagi lauk aje like kari ayam, rendang daging. i bought both types. yg lauk tu beli nasi impit & rebus aje.
tapi i still beli food kat sana like takoyaki, onigiri & etc la. after all if travel kena jugak rasa their food kan. kalau tak, tak jepun lah kita, LOL.
My makanan 1 luggage tu worth RM147 tuk 15 hari. beli kat giant je. and my mom masak sambal goreng ikan bilis. tahan 2 minggu. ^^
-----------------------------------------
Souvenirs dan pembaziran perlu ke nak cerita?
okay i give overview lah. tshirt i love japan bagai paling murah 900 yen. tak jumpa pun yg kurang dari tu. dia tak jual 3 RM10 camtu. mcm korea boleh dpt 3 baju 10k won. Japan nope. yes mahal. so i just bought tuk my father & adik. adik-bradik lain dah kawin. if beli untuk dorg kena beli untuk ipar2 jugak. so i decided beli tuk anak mereka sahaja. titik.
most of my souvenirs beli kat Daiso kat Harajuku. hehe. okay Daiso sini lagi murah dari malaysia. 1 barang 100 yen (~RM3). yang penting dari Japan. titik.
Greentea! it's a must. beli lah apa pun bentuk makanan from greentea. im so obsessed. syurga greentea in japan. kitkat greentea, biskut greentea, aiskrim greentea, doriyaki greentea & etc. menyesal beli sikit je. sobs.
okay tak shopping sakan pun kat Japan sebab mahal.
-------------------------------------------
Duit poket yang bawak initially 30k yen je (~RM900) tapi sampai Japan tengok mahal-mahal belaka so keluar lagi 10k yen. tapi ekceli tak habis pun guna. Kalau tak buat pembaziran tak perlu pun 10k yen tu. haha. dengan pembaziran yg berlaku, lebih just 5k yen yang dibawa ke Seoul dan ditukar. ^^
--------------------------------------------
Tips travel:
-if tak fit, tak payahlah bawak backpack gedabak tu. walaupun tak dapat title backpacker (so what?) tuk kemudahan anda, bawak aje luggage beroda. and make sure RODA 4 bukan 2. travel ni banyak guna tenaga. so simpan la tenaga. kalau 4 roda tolak je luggage tu takyah tarik. ^^
-bawaklah buku/ download ebook supaya anda tak meninggal dunia kebosanan dlm flight & subway but jgn la bawak novel yg tebal hardcover pulak tuh. Mitch Albom punya buku ringan je. content pun bagus.
-jangan share anything dengan travel partner unless memang family members. sebab bila travel ni penat, semua jadi berkira. share luggage tp sorang aje yg bawak. yg penge-share pun buat2 tak paham bahasa. spoil mood bro!
-bawak makanan dr malaysia. takyah membazir kat food hari2. boleh je makan but takyahlah hari2. you can save a lot.
-study la before travel. unless you have sense of direction mcm gua. #puiiii
-bawak raincoat yg nipis & boleh lipat2 jadi kecik. or beli je dr watson/ guardian. selain tuk hujan boleh jugak alas for solat.
-ni keistimewaan perempuan, nursery negara maju ni maju sangat dan selesa. so guna nursery tu tuk solat, isi air panas & rehat.
-pakai kasut yg selesa & tapak tak haus. kalau tak blister lah jawabnya. dah ada blister menangis wooo.
-sampai airport pegi cari hardcopy subway map & town map. susah guna aplikasi semua ni.
-before fly call bank make sure card atm dah activate. wlp dah buat online (like me) just call. disaat perlukan duit atm card takleh guna. sobs.
-bawak sikit la cash usd/ myr. just for emergency.
-bila travel you are a team. so janganlah ada yg dipinggirkan. no such thing like pair pair bagai. orang yg dipinggirkan tu kesian, spoil mood. beli apa2 cepat2 nak pair dengan orang tu ni. then yang takde pair kena bayar sorang. tak cool bruh!
-siap2 order baggage for flight. supaya tak kecoh kat immigration. ada airport strict dan ada yg chill je. tapi tuk kesenangan, order je.
-pre-order food dlm flight. murah. bila para2 mugara/mugari keluarkan makanan, bau semerbak kot. if tak pre-order, harga makanan mahal.
-bila travel jgn lah bawak baju hitam berkabung je & tudung malas. bawaklah yg colorful. tuk perempuan, baju takyah bawak banyak tapi tudung bawak banyak yg colorful. then tukar2 je. ini untuk gambar yg cantik. :)
-monopod itu penting. dan if solo travel tripod paling penting. gambar is one of main event kan dlm setiap trip? so be prepared!
-bawak pen & buku nota tuk catat perbelanjaan. takpun save dlm phone. pen pun penting tuk tulis card declaration.
-janganlah waste ATP selagi mampu. kalau dlm train tu ada tempat duduk, just duduk. banyak lagi gunanya ATP tu. so use it wisely. ^^
------------------------------------------
till then. belanja sikit gambar Japan. Itinerary nantilah kalau rajin. :)
Tudung malas 😂 haaha..ook nnt kalau aq nk p honeymoon (teettt) kt sana, aq tanya kau detail2 yg aq x phm tu 😝
ReplyDeleteHahaha. Jangan lambat sgt. Takut by that time aku dh start charge for travel consultation. LOL. 😝
Delete